Tuesday, November 13, 2012

Rahsia Perniagaan Cupcake Dibongkar!


Tahukah Anda Kebanyakan Perniagaan Cupcake Di Rumah Sangat Lumayan?

Kenapa ya? Sudah tentu.

1. Anda tidak perlu membayar sewa kedai.
2. Anda tidak perlu mengeluarkan kos untuk pemasaran.
3. Anda tidak perlu peralatan yang mahal. Gunakan sahaja apa yang ada dirumah.
4. Dengan Internet, anda boleh mendapat pelanggan yang tidak putus.
5. Setiap bulan pasti ada orang yang melangsungkan majlis perkahwinan dan pertunangan.

Ini adalah antara sebab perniagaan cupcake sangat lumayan. Dan sesiapa sahaj boleh melakukannya walaupun tanpa pengalama perniagaan.

Anda tidak perlu berkursus untuk menjadi seorang usahawan surirumah. Apa yang best, ia
langsung tidak menganggu tugasan sebagai surirumah atau kerjaya anda.

Panduan Bisnes Cupcake Dari Rumah
-----------------------------------

Puan Shida merupakan seorang usahawan surirumah. Dengan bermula secara kecil kecilan,
perniagaan beliau kini mula dikenali di sekitar
Kuala Kangsar dan seluruh Malaysia.

Beliau mendedahkan bagaimanakah untuk memulakan
bisnes Cupcake dari rumah berdasarkan pengalaman beliau.

Beliau menjana pandapatan sehingga 4 ANGKA menerusi perniagaan cupcake dari rumah ini.

Anda boleh mendapatkan CD Panduan ini menerusi

http://bit.ly/biz-cupcake

Ia boleh mempercepatkan proses pembelajaran anda.

Menerusi CD tersebut, beliau akan menunjukkan

1. Bagaimana membuat kek.
2. Bagaimana membuat krim icing.
3. Mewarna Krim.
4. Membuat dekorasi.

Dan banyak lagi. Ia memang satu panduan lengkap buat mereka yang ingin memulakan bisnes
cupcake dari rumah secara part time.

Dapatkan segera! Klik sahaja link dibawah ini.

http://bit.ly/biz-cupcake

Semoga ia memberi manfaat kepada anda.

Salam Usahawan!

Monday, November 12, 2012

Grated Chocolate Cupcake


Bahan:
280 gm self raising flour
180 gm castor sugar
4 biji telur grade A
50 ml fresh milk
1 sudu kecil esen vanila
1/2 sudu kecil ovelette
250 gm butter
125 gm coklat masakan yang diparut


Cara-Cara Penyediaan:


1. Dengan menggunakan electirc mixer, pukul butter dan gula sehingga kembang.
2. Masukkan telur, esen vanila dan ovelet . Pukul sekejap sehingga sebati. Rendahkan speed.
3. Masukkan tepung berselang seli dengan susu segar.
4. Dengan spatula, gaul coklat ke dalam adunan.
5. Sudukan ke dalam cawan kertas sehingga 85% penuh. Bakar dalam oven 180c lebih kurang 20 minit atau sehingga masak.


Lepas tu, decoratelah menggunakan creativiti anda.

Thanks to : http://www.kongsiresepi.com/read/7275/0/

Saturday, November 10, 2012

Kek Cawan Vanila Dan Aising RIBENA



Bahan-bahan :

Kek
l50g mentega, dilembutkan sedikit
50g gula kastor
1 3 biji telur
80g tepung naik sendiri
50ml susu
1/2 sudu besar ekstrak vanila

Aising

20g mentega
60g krim keju, dilembutkan
70g gula aising
2 sudu besar bes minuman Blackcurrant Ribena

Cara menyediakan:

1.Adun mentega dan gula hingga sebati. Kemudian masukkan telur satu Persatu.Pastikan setiaP biji telur dipukul sebati sebelum memasukkan telur yang seterusnya.

2. Masukkan separuh tepung yang sudah diayak, tambahkan susu dan vanila
sebelum memasukkan baki tePung. Kaup dan balikkan adunan sehingga
sebati.

3. Masukkan adunan ke dalam acuan kek cawan yang dialas sehingga 3/4 penuh.
Bakar di dalam ketuhar ( 190C) selama 12- 15 minit atau sehingga kek naik
dan berwarna keemasan. Setelah sedia,alihkan kek ke rak Pendingin.

4. Campurkan mentega dan keiu berkrim dan pukul sehingga licin. Kemudian,
tambahkan gula aising dan bes minuman blackcurrant Ribena - pukul
sehingga sebati.

5.Sapukan aising Ribena ke atas kek yang telah disejukkan. Untuk kesan menarik,
titiskan beberapa titik bes minuman Ribena di atas laPisan aising dan
sebarkan aising dengan menggunakan pencungkil gigi.